Friday, 6 April 2012

Selamat Berkursus

Kursus Pemantapan ICT dalam pengurusan sekolah telah diadakan pada 7 April 2012. Tahniah kepada semua guru yang sentiasa komited untuk meningkatkan kemahiran ICT. Moga segala pengetahuan yang diperolehi dalam kursus ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan semua khususnya dalam bidang teknologo maklumat. Tahniah kepada Pn Roslina selaku penyelaras kursus dan terima kasih kepada penceramah En Afendi...moga ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan oleh sema moga semua akan dirahmati

Thursday, 19 January 2012

SELAMAT BERSIDANG

Masyuarat Agung PIBG SEMAKMUR akan diadalan pada 20.01.2012 bertempat di Dewan Semakmur.

Kami warga pendidik SEMAKMUR amat mengharapkan kehadiran semua ibubapa pelajar SEMAKMUR ke mesyuarat berkenaan bersama-sama pihak sekolah mengembeling tenaga dan buah fikiran agar kita sama-sama dapat membentuk satu kemaufakatan bagi mengarap kecemerlangan anak dan anak didik kita.
Sesungguhnya gabungan tenaga dan idea antara Ibubapa dan Guru pasti akan menghasilkan satu senergi yang akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak kita.
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Luqman : 13)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman : 14)
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman:16)
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman:17)
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (luqman:18)
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman : 19)

Friday, 23 December 2011

TAHNIAH

Tahniah..... Kepada semua warga SEMAKMUR yang telah bekerja keras mendidik anak-anak pelajar tanpa mengenal jemu dan berputus asa....sepanjang tahun 2011  Hasil usaha gigih semua kita telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan PMR 2011 dengan peratus kelulusan daripada 65.32%(2010) kepada 76.7 %(2011). Manakala GP Matapelajaran 2.8 kepada 2.7.tahniah....