Friday, 6 April 2012
Selamat Berkursus
Kursus Pemantapan ICT dalam pengurusan sekolah telah diadakan pada 7 April 2012. Tahniah kepada semua guru yang sentiasa komited untuk meningkatkan kemahiran ICT. Moga segala pengetahuan yang diperolehi dalam kursus ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan semua khususnya dalam bidang teknologo maklumat. Tahniah kepada Pn Roslina selaku penyelaras kursus dan terima kasih kepada penceramah En Afendi...moga ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan oleh sema moga semua akan dirahmati
Sunday, 4 March 2012
Friday, 17 February 2012
Thursday, 19 January 2012
SELAMAT BERSIDANG
Masyuarat Agung PIBG SEMAKMUR akan diadalan pada 20.01.2012 bertempat di Dewan Semakmur.
Kami warga pendidik SEMAKMUR amat mengharapkan kehadiran semua ibubapa pelajar SEMAKMUR ke mesyuarat berkenaan bersama-sama pihak sekolah mengembeling tenaga dan buah fikiran agar kita sama-sama dapat membentuk satu kemaufakatan bagi mengarap kecemerlangan anak dan anak didik kita.
Sesungguhnya gabungan tenaga dan idea antara Ibubapa dan Guru pasti akan menghasilkan satu senergi yang akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak kita.
Kami warga pendidik SEMAKMUR amat mengharapkan kehadiran semua ibubapa pelajar SEMAKMUR ke mesyuarat berkenaan bersama-sama pihak sekolah mengembeling tenaga dan buah fikiran agar kita sama-sama dapat membentuk satu kemaufakatan bagi mengarap kecemerlangan anak dan anak didik kita.
Sesungguhnya gabungan tenaga dan idea antara Ibubapa dan Guru pasti akan menghasilkan satu senergi yang akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak kita.
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Luqman : 13)Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman : 14)(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman:16)“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman:17)“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (luqman:18)“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman : 19)
Friday, 23 December 2011
TAHNIAH
Tahniah..... Kepada semua warga SEMAKMUR yang telah bekerja keras mendidik anak-anak pelajar tanpa mengenal jemu dan berputus asa....sepanjang tahun 2011 Hasil usaha gigih semua kita telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan PMR 2011 dengan peratus kelulusan daripada 65.32%(2010) kepada 76.7 %(2011). Manakala GP Matapelajaran 2.8 kepada 2.7.tahniah....
Friday, 7 October 2011
Wednesday, 8 June 2011
Takwim Peperiksaan Awam 2011
TAKWIM PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN | TARIKH | |
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU) | Bertulis | 13 hingga 14 Jun (2 hari) |
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) | 15 hingga 17 Jun (3 hari) | |
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) | Bertulis | 13 hingga 15 September (3 hari) |
Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) | Bertulis | 4 hingga 6 Oktober 10 hingga 11 Oktober (5 hari) |
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | Lisan | 11 hingga 14 Julai 18 hingga 21 Julai (8 hari) |
Bertulis | 12 hingga 13 Oktober 17 hingga 19 Oktober (5 hari) | |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Bertulis | 14 November hingga 14 Disember (16 hari) |
Sunday, 5 June 2011
Konsep Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
Dipetik dari artikel ; MEMBANGUN MODAL INSAN
Oleh :
Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani (A.M.N.)
Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2008)
KBSR dan KBSM menuntut pembangunan menyeluruh potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, penekanan kepada peperiksaan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan murid untuk boleh menjawab soalan peperiksaan sahaja. Malah, sistem pentaksiran murid sedia ada juga lebih mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja tanpa memberi banyak tumpuan kepada penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensi-potensi lain. Ke arah itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan amalan sistem pentaksiran yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Beberapa usaha penambahbaikan sedang dan telah dilakukan bagi memperbaiki kelemahan sedia ada. Antaranya ialah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi murid dengan penekanan yang hampir sama bagi aspek potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini dilaksanakan melalui penggabungan hasil pentaksiran berasaskan sekolah (pentaksiran sekolah) dengan pentaksiran dan peperiksaan pusat. Strategi ini turut ditambah melalui pengenalan secara meluas penggunaan ujian psikometrik dalam pengumpulan data dan maklumat tentang perkembangan dan pertumbuhan murid. Selain itu, konsep pentaksiran murid diperluaskan juga skopnya bagi merangkumi aspek penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan aspek lain berkaitan domain keinsanan dan sahsiah murid. Maka, ini menuntut pengupayaan sekolah dan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran pendidikan murid mereka sendiri di sekolah.
KONSEP SPPK
Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) mengetengahkan konsep PADI – akronim untuk Profile, Achievement, Development dan Involvement dalam membangunkan SPPK. Berdasarkan konsep ”PADI” ini, dimensi pertama yang perlu diberi perhatian dalam proses pentaksiran murid ialah membentuk profil psikometrik murid tersebut. Ini merangkumi data berkenaan kecenderongan, aptitud dan minat murid. Dimensi kedua pula menyentuh aspek Achievement atau pencapaian dan Development atau perkembangan murid manakala dimensi ketiga memberi penegasana kepada aspek Involvement atau penglibatan murid melalui aktiviti jasmani dan kokurikulum. Jelas, konsep ini mengutamakan pentaksiran perkembangan individu murid secara menyeluruh.
Model pemantauan pertumbuhan individu murid dapat dijelmakan melalui Rajah 2 seperti di bawah:
LIMA SERANGKAI
Sistem Pentaksiran Persekolahan Kebangsaan mencadangkan lima bentuk pentaksiran untuk melaksanakan konsep PADI yang dinyatakan. Lima bentuk pentaksiran ini boleh digambarkan melalui Rajah 3 seperti di bawah:
1. Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah boleh dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir tahun.
2. Pentaksiran Pusat
Pentaksiran pusat merupakan suatu pentaksiran yang mempunyai piawai (standard prestasi), panduan dan peraturan, instrumen pentaksiran dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh agensi pusat (LPM). Pihak sekolah bertanggungjawab mentadbir, memeriksa respons murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini dilaksanakan secara pentaksiran sumatif berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh LPM. Markah yang diperolehi akan dihantar ke LPM untuk dianalisis dan dimederatkan sebelum ianya dihantar semula ke sekolah untuk pelaporan penguasaan sekolah.
3. Peperiksaan Pusat
Konsep pelaksanaan peperiksaan seperti sistem sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM masih dikekalkan. Perkara yang ditaksirkan adalah berkaitan dan memnuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan. Prestasi murid dalam peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan oleh LPM dengan mengambilkira prestasi murid dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.
4. Pentaksiran Aktiviti Jasmni dan kokurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam pelbagai aktivit jasmani. Kokurikulum dan extra-curriculum. Instrumen dan panduan pentaksiran akan disediakan oleh LPM bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.
5. Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik digunakan untuk mentaksir trait psikologi murid yang berhubungan dengan pembelajaran mereka. Instrumen ujian psikometrik, cara menganalisis dan mentafsir data akan dibina oleh LPM dan pentadbirannya dilaksanakan oleh sama ada LPM atau sekolah.
ISU DAN CABARAN
Namun, timbul persoalan samada masyarakat bersedia untuk menerima perubahan kerana selama ini peperiksaan merupakan indikator mudah untuk melihat kejayaan atau kegagalan murid. Murid selama ini diukur kebolehannya berdasarkan tahap inteleknya sahaja, namun dengan pelaksanaan SPPK, murid dinilai dari semua aspek potensi dirinya. Perubahan ini menuntut kepada penyusunan semula struktur kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh, tajaan biasiswa, kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan lain-lain kemudahan pendidikan yang selama ini bergantung kepada bilangan ”A” yang dicapai murid.
Kecelaruan ini mengundang kepada persoalan pembentukan dan penetapan standard pelepasan yang perlu dicapai oleh murid melalui kurikulum kebangsaan dan sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN DAN SPPK – SATU KONSOLIDASI
Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan agenda membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi menekankan kepada pencapain standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian manakala SPPK melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi
Kurikulum Kebangsaan dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan,
kemahiran dan kecekapan. Hal ini diperjelaskan maksudnya melalui Rajah 4 di atas.
RUMUSAN
Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan (SPPK) merupakan pelengkap kepada proses transformasi sistem pendidikan negara. Transformasi kurikulum persekolahan kebangsaan mengupayakan penstrukturan sistem persekolahan dalam bentuk semester. Di samping itu, kurikulumnya distruktur dalam bentuk modular yang dinamik sifatnya. Ini membolehkan kurikulum persekolahan menyerap sebarang bentuk pertambahan atau pengubahsuaian kandungan sesuai dengan keperluan semasa atau masa akan datang. Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan pula melengkapi usaha ini dengan menjadikan pengalaman persekolahan yang tidak berorientasikan peperiksaan. Malah, perkembangan potensi murid ditaksir secara lebih menyeluruh merangkumi domain jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Kaedah pentaksiran melalui pendekatan berasaskan sekolah juga mengurangkan tekanan kepada murid, guru dan penjaga serta ibu bapa. Ini secara langsung menyediakan iklim dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di kalangan murid. Kelangsungan daripada impak ini ialah sistem persekolahan mampu mengurangkan kecenderungan murid terlibat dengan gejala masalah disiplin dan jenayah. Pembangunan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri melalui Transformasi Kurikulum
Persekolahan Kebangsaan dan SPPK secara kolektif akan menyediakan sumber guna tenaga yang diperlukan dalam menempuh cabaran dan keperluan negara dalam memacu negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.
Disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2008
Jadual Tugas Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2011
Kepada.
Semua PK dan GKMP
Tuan/Puan,
GILIRAN BERTUGAS SEMASA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2011
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang Cuti Pertengahan Tahun iaitu bermula 30 MEI hingga 10 JUN 2011, tuan/puan diminta bertugas di sekolah mengikut ketetapan seperti jadual berikut:
Hari | Tarikh | Guru Bertugas | Masa |
(ISNIN) | 30 MEI 2011 | Pn. Zamzam bt. Abas | 8.30 – 2.00 ptg |
(SELASA) | 31 MEI 2011 | Pn. Zamzam bt. Abas | 8.30 – 2.00 ptg |
(RABU) | 1 JUN 2011 | Tn. Hj. Said bin Bohari | 8.30 – 2.00 ptg |
(KHAMIS) | 2 JUN 2011 | Tn. Hj. Said bin Bohari | 8.30 – 2.00 ptg |
(JUMAAT) | 3 JUN 2011 | En. Jamaludin bin Hassan | 8.00 – 12.00 t/h |
(ISNIN) | 6 JUN 2011 | Ab Razak Mohd Noah | 8.30 – 2.00 ptg |
(SELASA) | 7 JUN 2011 | Ab Razak Mohd Noah | 8.30 – 2.00 ptg |
(RABU) | 8 JUN 2011 | Pn. Roslina bt. Kamaludin | 8.30 – 2.00 ptg |
(KHAMIS) | 9 JUN 2011 | En Normadani bin Untong | 8.30 – 2.00 ptg |
(JUMAAT) | 10 JUN 2011 | Ab Razak Mohd Noah | 8.00 – 12.00 t/h |
* Pertukaran ‘suka sama suka’ hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua / PK1 untuk kelicinan pengurusan.
2. Sepanjang bertugas tuan/puan diminta melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah seperti berikut:
(a) Membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan akademik, HEM dan kokurikulum.
(b) Menyelia tugas kakitangan bukan guru dalam menjalankan tugas masing-masing dan mengesahkan kehadiran.
(c) Meminitkan surat-surat masuk dan mengesahkan surat/borang berkaitan semasa ketiadaan pengetua.
(d) Mengesahkan salinan sijil-sijil pelajar.
(e) Membantu memantau tugas-tugas pekerja pembersihan sekolah dan kawalan keselamatan.
(f) Menghadiri sebarang mesyuarat/taklimat/penerangan yang diarahkan oleh PPD/JPN dan lain-lain yang berkaitan dengan sekolah semasa ketiadaan Pengetua atau yang diarahkan oleh Pengetua.
(g) Membantu menguruskan hal-hal lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
Subscribe to:
Posts (Atom)