Friday, 23 December 2011

TAHNIAH

Tahniah..... Kepada semua warga SEMAKMUR yang telah bekerja keras mendidik anak-anak pelajar tanpa mengenal jemu dan berputus asa....sepanjang tahun 2011  Hasil usaha gigih semua kita telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan PMR 2011 dengan peratus kelulusan daripada 65.32%(2010) kepada 76.7 %(2011). Manakala GP Matapelajaran 2.8 kepada 2.7.tahniah....

Wednesday, 8 June 2011

Takwim Peperiksaan Awam 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis
 13 hingga 14 Jun
(2 hari)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)
15 hingga 17 Jun
(3 hari) 
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis 
13 hingga 15 September
(3 hari)
Penilaiaan Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis 
4 hingga 6 Oktober
10 hingga 11 Oktober
(5 hari)
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)

Lisan 
11 hingga 14 Julai
18 hingga 21 Julai
(8 hari)
Bertulis 
12 hingga 13 Oktober
17 hingga 19 Oktober
(5 hari)
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis 
14 November hingga 14 Disember
(16 hari)


Sunday, 5 June 2011

Konsep Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

Dipetik dari artikel ; MEMBANGUN MODAL INSAN
Oleh :
Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani (A.M.N.)
Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2008)
KBSR dan KBSM menuntut pembangunan menyeluruh potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, penekanan kepada peperiksaan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan murid untuk boleh menjawab soalan peperiksaan sahaja. Malah, sistem pentaksiran murid sedia ada juga lebih mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja tanpa memberi banyak tumpuan kepada penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensi-potensi lain. Ke arah itu, pihak  Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan amalan sistem pentaksiran yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Beberapa usaha penambahbaikan sedang dan telah dilakukan bagi memperbaiki kelemahan sedia ada. Antaranya ialah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi murid dengan penekanan yang hampir sama bagi aspek potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini dilaksanakan melalui penggabungan hasil pentaksiran berasaskan sekolah (pentaksiran sekolah) dengan pentaksiran dan peperiksaan pusat. Strategi ini turut ditambah melalui pengenalan secara meluas penggunaan ujian psikometrik dalam pengumpulan data dan maklumat tentang perkembangan dan pertumbuhan murid. Selain itu, konsep pentaksiran murid diperluaskan juga skopnya bagi merangkumi aspek penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan aspek lain berkaitan domain keinsanan dan sahsiah murid. Maka, ini menuntut pengupayaan sekolah dan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran pendidikan murid mereka sendiri di sekolah.

KONSEP SPPK
Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) mengetengahkan konsep PADI – akronim untuk Profile, Achievement, Development dan Involvement dalam membangunkan SPPK. Berdasarkan konsep ”PADI” ini, dimensi pertama yang perlu diberi perhatian dalam proses pentaksiran murid ialah membentuk profil psikometrik murid tersebut. Ini merangkumi data berkenaan kecenderongan, aptitud dan minat murid. Dimensi kedua pula menyentuh aspek Achievement atau pencapaian dan Development atau perkembangan murid manakala dimensi ketiga memberi penegasana kepada aspek Involvement atau penglibatan murid melalui aktiviti jasmani dan kokurikulum. Jelas, konsep ini mengutamakan pentaksiran perkembangan individu murid secara menyeluruh.
Model pemantauan pertumbuhan individu murid dapat dijelmakan melalui Rajah 2 seperti di bawah:


LIMA SERANGKAI
Sistem Pentaksiran Persekolahan Kebangsaan mencadangkan lima bentuk pentaksiran untuk melaksanakan konsep PADI yang dinyatakan. Lima bentuk pentaksiran ini boleh digambarkan melalui Rajah 3 seperti di bawah:

1. Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah boleh dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir tahun.

2. Pentaksiran Pusat
Pentaksiran pusat merupakan suatu pentaksiran yang mempunyai piawai (standard prestasi), panduan dan peraturan, instrumen pentaksiran dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh agensi pusat (LPM). Pihak sekolah bertanggungjawab mentadbir, memeriksa respons murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini dilaksanakan secara pentaksiran sumatif berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh LPM. Markah yang diperolehi akan dihantar ke LPM untuk dianalisis dan dimederatkan sebelum ianya dihantar semula ke sekolah untuk pelaporan penguasaan sekolah.

3. Peperiksaan Pusat
Konsep pelaksanaan peperiksaan seperti sistem sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM masih dikekalkan. Perkara yang ditaksirkan adalah berkaitan dan memnuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan. Prestasi murid dalam peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan oleh LPM dengan mengambilkira prestasi murid dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

4. Pentaksiran Aktiviti Jasmni dan kokurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam pelbagai aktivit jasmani. Kokurikulum dan extra-curriculum. Instrumen dan panduan pentaksiran akan disediakan oleh LPM bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.

5. Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik digunakan untuk mentaksir trait psikologi murid yang berhubungan dengan pembelajaran mereka. Instrumen ujian psikometrik, cara menganalisis dan mentafsir data akan dibina oleh LPM dan pentadbirannya dilaksanakan oleh sama ada LPM atau sekolah.


ISU DAN CABARAN
Namun, timbul persoalan samada masyarakat bersedia untuk menerima perubahan kerana selama ini peperiksaan merupakan indikator mudah untuk melihat kejayaan atau kegagalan murid. Murid selama ini diukur kebolehannya berdasarkan tahap inteleknya sahaja, namun dengan pelaksanaan SPPK, murid dinilai dari semua aspek potensi dirinya. Perubahan ini menuntut kepada penyusunan semula struktur kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh, tajaan biasiswa, kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan lain-lain kemudahan pendidikan yang selama ini bergantung kepada bilangan ”A” yang dicapai murid.
Kecelaruan ini mengundang kepada persoalan pembentukan dan penetapan standard pelepasan yang perlu dicapai oleh murid melalui kurikulum kebangsaan dan sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN DAN SPPK – SATU KONSOLIDASI
Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan agenda membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi menekankan kepada pencapain standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian manakala SPPK melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi
Kurikulum Kebangsaan dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan,
kemahiran dan kecekapan. Hal ini diperjelaskan maksudnya melalui Rajah 4 di atas.

RUMUSAN
Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan (SPPK) merupakan pelengkap kepada proses transformasi sistem pendidikan negara. Transformasi kurikulum persekolahan kebangsaan mengupayakan penstrukturan sistem persekolahan dalam bentuk semester. Di samping itu, kurikulumnya distruktur dalam bentuk modular yang dinamik sifatnya. Ini membolehkan kurikulum persekolahan menyerap sebarang bentuk pertambahan atau pengubahsuaian kandungan sesuai dengan keperluan semasa atau masa akan datang. Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan pula melengkapi usaha ini dengan menjadikan pengalaman persekolahan yang tidak berorientasikan peperiksaan. Malah, perkembangan potensi murid ditaksir secara lebih menyeluruh merangkumi domain jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Kaedah pentaksiran melalui pendekatan berasaskan sekolah juga mengurangkan tekanan kepada murid, guru dan penjaga serta ibu bapa. Ini secara langsung menyediakan iklim dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di kalangan murid. Kelangsungan daripada impak ini ialah sistem persekolahan mampu mengurangkan kecenderungan murid terlibat dengan gejala masalah disiplin dan jenayah. Pembangunan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri melalui Transformasi Kurikulum
Persekolahan Kebangsaan dan SPPK secara kolektif akan menyediakan sumber guna tenaga yang diperlukan dalam menempuh cabaran dan keperluan negara dalam memacu negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

Disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2008

Jadual Tugas Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2011

Kepada.

 Semua PK dan GKMP

Tuan/Puan,

GILIRAN BERTUGAS SEMASA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2011
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang Cuti Pertengahan Tahun iaitu bermula 30 MEI hingga 10 JUN 2011,  tuan/puan diminta bertugas  di sekolah mengikut ketetapan seperti jadual berikut:

Hari
Tarikh
Guru Bertugas
Masa
(ISNIN)
30  MEI 2011
Pn. Zamzam bt. Abas
8.30 – 2.00 ptg
(SELASA)
31  MEI 2011
Pn. Zamzam bt. Abas
8.30 – 2.00 ptg
(RABU)
1  JUN 2011
Tn. Hj. Said bin Bohari
8.30 – 2.00 ptg
(KHAMIS)
2  JUN 2011
Tn. Hj. Said bin Bohari
8.30 – 2.00 ptg
(JUMAAT)
3  JUN 2011
En. Jamaludin bin Hassan
8.00 – 12.00 t/h
(ISNIN)
6  JUN 2011
Ab Razak Mohd Noah
8.30 – 2.00 ptg
(SELASA)
7  JUN 2011
Ab Razak Mohd Noah
8.30 – 2.00 ptg
(RABU)
8  JUN 2011
Pn. Roslina bt. Kamaludin
8.30 – 2.00 ptg
(KHAMIS)
9  JUN 2011
En Normadani bin Untong
8.30 – 2.00 ptg
(JUMAAT)
10  JUN 2011
Ab Razak Mohd Noah
8.00 – 12.00 t/h
* Pertukaran ‘suka sama suka’  hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua / PK1 untuk kelicinan pengurusan.

2.         Sepanjang bertugas tuan/puan diminta melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah seperti berikut:
(a)        Membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan akademik, HEM dan kokurikulum.
(b)        Menyelia tugas kakitangan bukan guru dalam menjalankan tugas masing-masing dan mengesahkan kehadiran.
(c)         Meminitkan surat-surat masuk dan mengesahkan surat/borang berkaitan semasa ketiadaan pengetua.
(d)        Mengesahkan salinan sijil-sijil pelajar.
(e)         Membantu memantau tugas-tugas pekerja pembersihan sekolah dan kawalan keselamatan.
(f)           Menghadiri sebarang mesyuarat/taklimat/penerangan yang diarahkan oleh PPD/JPN dan lain-lain yang berkaitan dengan sekolah semasa ketiadaan Pengetua atau yang diarahkan oleh Pengetua.
(g)         Membantu menguruskan hal-hal lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,
  Kepada.

  Guru Kanan Matapelajaran

Tuan/Puan,

GILIRAN BERTUGAS MENYEDIAKAN JADUAL GANTI GURU TAHUN 2011
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Guru Kanan bertugas menyediakan jadual ganti  mengikut ketetapan seperti jadual berikut:

Hari
Guru Bertugas
(ISNIN)
En Normadani Bin Untong
(SELASA)
En Ab Razak Mohd Noah
(RABU)
En. Jamaludin bin Hassan
(KHAMIS)
Pn Hjn Siti Sapurah Bt Afandi
(JUMAAT)
Pn Roslina Binti Kamaluddin



* Pertukaran ‘suka sama suka’  hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua / PK1 untuk kelicinan pengurusan.

2.         Sepanjang bertugas tuan/puan diminta melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah seperti berikut:
(a)        Menyediakan jadual ganti sehari sebelum waktu bertugas.
(b)        Menyelia perjalanan kelas waktu pertama.
(c)         Membantu menguruskan hal-hal lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Perkara Yang Perlu Sewaktu Mengulangkaji



  1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang  berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.