Kepada.
Guru Kanan Matapelajaran
Tuan/Puan,
GILIRAN BERTUGAS MENYEDIAKAN JADUAL GANTI GURU TAHUN 2011
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Guru Kanan bertugas menyediakan jadual ganti mengikut ketetapan seperti jadual berikut:
Hari | Guru Bertugas |
(ISNIN) | En Normadani Bin Untong |
(SELASA) | En Ab Razak Mohd Noah |
(RABU) | En. Jamaludin bin Hassan |
(KHAMIS) | Pn Hjn Siti Sapurah Bt Afandi |
(JUMAAT) | Pn Roslina Binti Kamaluddin |
* Pertukaran ‘suka sama suka’ hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua / PK1 untuk kelicinan pengurusan.
2. Sepanjang bertugas tuan/puan diminta melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah seperti berikut:
(a) Menyediakan jadual ganti sehari sebelum waktu bertugas.
(b) Menyelia perjalanan kelas waktu pertama.
(c) Membantu menguruskan hal-hal lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,