Bila cuti bermula ramai dikalangan kita rasa begitu teruja...apa tidaknya, setelah berhempas pulas berusaha mentalaah buku dan nota pelajaran untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan pertangahan tahun. Puluhan buku telah dibaca, ratusan soalan telah diulangkaji, kini masanya untuk melupakan seketika semuanya. Nak berehat...nak makan angin...huh macam rancangan dalam kepala kita hingga kita lupa tahun ini merupakan tahun yang penting bagi kita. SPM dan PMR kian menjelma tak lama lagi...
Tapi...cukupkah usaha kita selama ini? adakah segala strategi yang kita guna dalam pembelajaran selama ini berkesan? jawapannya ditangan anda, ingat pencapaian pelajar dalam bidang akademik bukanlah dinilai kepada betapa geniusnya akal mereka tetapi bergantung sejauh mana pelajar menggunakan teknik belajar yang berkesan ketika belajar. Begitu juga bukanlah kuantiti atau tempoh ulangkaji yang menentukan kecemerlangan tetapi kualiti ulangkaji yang diprektikkan. Justru itu dalam pada bercuti jangan lupa gunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk kita memaksimumkan masa untuk membuat ulangkaji...tak kira dimana kita berada.
Selamat bercuti dan selamat mengulangkaji